A proud Borneon who loves adventure, nature and everything fluffy in between. She likes to explore places, meet new people and improve her photography skills.

Tuesday, July 2, 2019

TRAVEL : TIPS MENDAKI GUNUNG KINABALU

TIPS MENDAKI GUNUNG KINABALU

Sedikit perkongsian tentang tips-Tips dan informasi yang anda perlu tahu sebelum memulakan/mendaki/menawan Gunung Kinabalu/Akinabalu:
TIPS MENDAKI GUNUNG KINABALU

PENGINAPAN ATAU HOSTEL

Pertama sekali, mengenai hostel atau penginapan, banyak di antara pendaki yang tidak tahu tentang pengurusan penginapan di Panalaban. Mari saya jelaskan sedikit, anda perlu tahu bahawa di Panalaban terdapat tiga(3) buah syarikat yang beroperasi; Sutera Sanctuary Lodges(SSL) Laban Rata(LR), Sabah Park (Lemaing Hut/LMG & Panar Laban Hostel/PAN), & Mountain Torq (MTQ). Nama ''Panalaban (PL)'' itu sendiri bermaksud tempat/kawasan peginapan itu berada/dibangunkan. Jadi, pastikan anda tahu secara jelas jenis penginapan anda sebelum mendaki, supaya ia dapat memudahkan proses pendaftaran setelah sampai di LR kerana banyak di antara mereka yang tidak tahu tempat untuk daftar/lapor diri setelah sampai.

MAKANAN

Setiap syarikat menyediakan kemudahan & fasiliti yang berbeza dari segi saiz bilik, setting katil, tuala, selipar dan lain-lain. Jadi anda harus faham jika kemudahan dan fasiliti anda tidak sama dengan penginapan yang lain. Bagi mereka yang tinggal LMG dan PAN, anda harus menerima/mengambil kupon makan untuk (dinner, supper and breakfast) dari kaunter SSL Kinabalu Park. Harap maklum bahawa air masak atau air botol tidak disediakan ketika buffet. Kupon makan harus diserahkan di restoran LR sebelum buffet bermula.

KELENGKAPAN MENDAKI

Okay, cukup sedikit penerangan tentang penginapan. Kita beralih kepada keperluan dan perkakas yang perlu dibawa. Barang yang wajib ada adalah seperti berikut; head torch, sarung tangan, tongkat, snow cap, med kit, extra baju dan seluar, stokin, jaket, baju hujan, energy food, thermos, air, dan barang2 peribadi yang anda rasa perlu dan adalah lebih baik jika menggunakan bag kalis air jika berlaku hujan. Harus diingat agar tidak membawa barangan terlalu banyak/berat kerana ia dapat menjejaskan momentum dan stamina anda ketika mendaki, mungkin terasa ringan di awal perjalanan tetapi akan terasa 2 kali ganda beratnya bila di pertengahan jalan. Tetapi jangan risau, perkhidmatan porter ada disediakan dengan kadar RM6.50/kg untuk sehala(one way) atau RM13.00 untuk naik dan turun; minimun berat barang adalah 10kg ke atas.

PENDAFTARAN
Untuk proses pendaftaran di Kinabalu Park, bagi yang melalui agent proses pendaftaran sudah dimudahkan/diurus bergantung kepada apa yang sudah dipersetujui antara kedua pihak, tetapi bagi yang bukan melaui agent, pastikan slot pendakian sah terlebih dahulu sama ada melalui online, walk in atau telefon dan telah membuat pembayaran penuh sebelum datang ke Kinabalu Park berserta resit pembayaran sebagai bukti. Berikut adalah proses yang perlu dilakukan ketika berada di kinabalu park;

1. Membayar yuran masuk
2. Mengisi borang pendakian/climbers form jika belum
3. Membuat pembayaran untuk malim gunung - RM230.00 bagi setiap 5 orang pendaki
4. Bayaran permit & insurans
5. Mengambil kupon makan bagi yang tinggal di PAN & LMG
6. Bayaran untuk pengangkutan (Kinabalu Park - Timpohon - Kinabalu Park)
7. Porter jika perlu
8. Packed Lunch jika tidak termasuk dalam pakej

 LALUAN PERJALANAN KE PANALABAN

Untuk perjalanan, dari Kinabalu Park - Timpohon Gate mengambil masa dalam 15 hingga 30 minit dengan jarak 4.5KM menaiki van yang disediakan. Manakala dari Timpohon Gate ke LR ialah 6KM dan mengambil masa pendakian dalam anggaran 6 jam. Saya syorkan kepada anda untuk memulakan pendakian seawalnya (8-9 pagi) agar sampai lebih awal di base camp/Panalaban dan berehat. Pemakain tidak perlu lah yang tebal-tebal kerana cuaca tidak terlalu sejuk di awal pendakian, perubahan iklim dapat dirasai di kawasan Layang-Layang hut iaitu pondok ke-4. Sepanjang perjalanan ke LR, terdapat 7 pondok/hut yang akan dilalui, dan setiap pondok mempunyai tandas(tisu tidak disediakan), tong sampah & bangku. Untuk peringatan kita bersama supaya tidak membuang sampah merata tempat, memetik tumbuh-tumbuhan & memberi makanan kepada haiwan liar terutama tupai dalam sepanjang perjalanan. Untuk mengelakan kaki kejang, ambil langkah yang lebih kecil/baby step tetapi konsisten dan kurangkan berehat jika boleh untuk mengelakan badan sejuk/cool down dan jangan berjalan terlalu laju. Packed lunch kebiasaannya dimakan di pondok yang ke-4/Layang-Layang Hut iaitu Kilometer 4, tetapi jika lapar lebih awal, beritahu malim gunung untuk rehat sekejap untuk makan dan pastikan sentiasa membawa extra makanan ataupun energy bar bersama. 

MASALAH YANG MUNGKIN DIHADAPI SEMASA MENDAKI GUNUNG KINABALU

Simptom yang sering terjadi kepada pendaki semasa berada di Panalanan ialah AMS (Acute Mountain Sickness) yang mana pendaki akan mengalami masalah muntah-muntah, degupan jantung yang pantas, pening kepala, loya, hilang selera, pengambilan pil yang berlebihan(pil tidur), sukar untuk tidur, mengadapi masalah pernafasan dan lain-lain. Antara penyebab simptom ini adalah anda terlalu laju untuk mendaki sehingga tiada masa untuk badan menyesuaikan diri dengan cuaca persekitaran, mereka yang tinggal di tempat yang rendah seperti pesisir pantai dll. Cara pencegahan awal yang kita bole buat adalah, kurangkan merokok dan alkohol, jika merasa simptom ini cuba untuk berehat sekejap, minum air, berehat sekurang-kurangnya sehari sebelum mendaki, ubat (acetazolamide, aspirin, dexamethasone dll.). Selalunya simptom AMS ini berlaku/dirasai pada ketinggian 2400m atau 8000 kaki ke atas. 

7. Jangan mendaki jika mengalami masalah ini;
1. Penyakit jantung
2. Hipertensi
3. Asma kronik
4. Ulser peptik
5. Anemia yang teruk
6. Diabetes
7. Epileptic fits
8. Arthritis
9. Palpitations
10. Hepatitis (jaundice)
11. Kejang otot
12. Obesiti dll.
8. Jadual/masa yang anda harus tahu di Panalaban:
1. Dinner (4:30pm - 7:00pm)
2. Supper (2:00am - 3:30am)
3. Breakfast (7:30am - 10.30am)
4. Check in (1:00pm)
5. Check out (10:30am) - bagi penginap LR, cas akan dikenakan jika lewat (RM100/jam).
6. Sunset (6:30pm)
7. Sunrise (6:00am)
8. Cutoff time Sayat-Sayat check point (5:00am). Jika lewat, pendaki tidak akan dibenarkan untuk meneruskan pendakian.
9. Diharap agar semua pendaki dapat menepati masa yang telah diberikan.
9. Suhu normal di Panalaban adalah dalam 10 - 7 darjah celsius pada waktu petang manakala suhu di puncak dalam sekitar 2 - 1 darjah celsius. Tetapi jika pada musim hujan & angin kuat suhu boleh mencecah dalam sekitar 5 celsius dan kebawah untuk kawasan Panalaban, manakala di puncak dalam sekitar -5 celsuis. 

FASILITI PENGINAPAN/HOSTEL

Berbalik kepada hostel di Panalaban; sila maklum bahawa hostel tidak menyediakan sebarang servis untuk mengeringkan pakaian, justeru adalah sangat penting untuk membawa pakaian lebih seperti yang saya nyatakan sebelum ini. Kes-kes seperti ini sering berlaku. Selain itu, bekalan elektrik juga sangat terhad. Oleh sebab itu, kebanyakan hostel tidak disediakan dengan pemanas bilik mahupun air panas untuk mandi. Saya sarankan bahawa jika tidak biasa/tahan dengan iklim di sana jangan dipaksa, sebab kemungkinan besar anda akan mengalami demam, selesma, sakit kepala, hypothermia dll. Lap badan pun sudah memadai sebab pendaki akan bangun seawal jam 1:30 pagi untuk bersedia, supper akan bermula tepat pada jam 2 pagi dan bertolak sebelum jam 3 pagi. Masa rehat sangatlah singkat, jadi sila pastikan rehat lebih awal untuk menghindari masalah kurang tidur. 

PERJALANAN KE PUNCAK GUNUNG KINABALU

Jarak perjalanan dari Panalaban - Low’s Peak Smmit ialah dalam 2.72km dan laluan ke puncak dari Panalaban agak berbeza dari sebelumnya. Laluannya lebih curam dan mempunyai banyak anak tangga ataupun lebih dikenali sebagai ''a thousand stairs'' gelaran yang diberikan oleh pendaki. Apabila sampai bahagian bertali, sila ikut arahan malim gunung untuk keselamatan, tali putih adalah laluan yang perlu anda ikut dan jangan terlalu jauh dengan tali kerana itulah laluan dan panduan ke puncak. Pastikan ID Tag sentiasa dipakai dan ditunjukkan di Sayat-Sayat Hut, jika ada perubahan ataupun kesilapan ejaan nama, laporkan kepada pegawai yang bertugas di situ kerana itulah nama yang akan ditulis pada sijil anda kelak. Tetapi, jika tidak sampai ke puncak, anda cuma akan mendapat sijil hitam putih sahaja. Oh ya, jika berlaku hujan lebat di Panalaban, berkemungkinan pihak Sabah Park/Park Ranger akan mengumunkan untuk penutupan Sayat-Sayat Gate sementara waktu sehingga hujan kembali reda sehingga jam 3.30 pagi, tetapi jika berterusan, Sayat-Sayat Gate akan ditutup sepenuhnya demi keselamatan anda. Kerana pendaki akan melalui bahagian air yang deras yang sangat-sangat berbahaya jika diteruskan. Mungkin banyak di antara pendaki yang tidak puas hati dan marah kerana membayar pakej yang mahal tetapi pihak Sabah Park lebih mementingkan keselamatan pendaki dan bertangungjawab kepada setiap satu nyawa pendaki. Pendakian boleh ditunda tetapi nyawa cuma ada satu sahaja.

WAJIB IKUT SEMUA ARAHAN

Biarpun mungkin ada segelintir para pendaki seorang atlet, fit, hikers tegar dan sebagainya. Jangan sesekali menganggap tempat ini sebagai ''playground'' kerana sehebat mana pun kita, kita tidak lari dari kesilapan. Oleh itu kita kena sentiasa peka, dengar arahan dan juga peraturan yang diberi. 

HARGA MAKANAN DI GUNUNG

Harga barang-barang dan makanan di sana mahal, kenapa? Ini kerana semua bekalan barangan serta makanan menggunakan servis porter memakan belanja yang mahal, oleh itu bekalan bergantung sepenuhnya kepada bilangan porter yang naik setiap hari kecuali pada hari ahad. Purata barangan yang diangkat bagi setiap porter ialah 30kg, bagi mereka yang pernah mendaki sebelum ini, 5kg pun suda terasa beratnya. 

Sekian sahaja sedikit perkongsian dari saya, jika ada kesilapan saya minta maaf dan mohon perbetulkan. Salam mesra dari saya. 

Tinggi-tiang Gunung Kinabalu,
Sudah daki terasa rindu,
Sayup-sayup angin Kundasang,
Belum daki marilah datang
Ms.PC
Tulisan asal : Khuzaile Halimin

16 comments:

  1. Teringin nak try hike mount kk but my leg condition cannot already. I need to build up my leg muscle then only can plan to hike.

    ReplyDelete
  2. I plan to climb the mountain too with my friends. Will share your tips out for our preparation for this challenging activities.

    ReplyDelete
  3. i wanna go kk too.. dunno when yet... great tips to climb the mountain.. nice sharings

    ReplyDelete
  4. Sangat detail penerangan tentang kaedah pendakian ke gunung Kinabalu. Jika terkena ams, ok tak sedut oksigen? Akan kembali baik tak? Saya suggest sangat entry ni dikongsi dalam Facebook hiking (haram) Rasanya ramai lagi yang nak tau ni

    ReplyDelete
  5. Tak sangka pulak nak mendaki gunung kinabalu ni kena bayar. Jujur first time baru tau ni. Bila tengok kawan kawan update dekat social media dieorang pergi daki gunung kinabalu, biasanya dieorang akan cerita pasal pengalaman mendaki dan view je. Tak de pulak dieorang bercerita pasal payment tu

    ReplyDelete
  6. Info macam ni lah kita nak tau. Details dan boleh buat rujukan. Saya ada Asma, rasa tak mampu nak daki. Before this pernah naik tgk kawah gunung berapi di Indonesia, nyaris pendek nyawa sb sukar bernafas. Bila hujan sejuk sangat tak tahan.

    ReplyDelete
  7. Misi nak naik Kinabalu ni memang dalam wishlist. Mungkin kena tunggu anak-anak besar dulu kot. Thanks sharing nanti boleh rujuk sini je.

    ReplyDelete
  8. sebelum pergi naiki gunung mmng kene list apa yang patut dilakukan dan tak patut. apa perlu bawak dan survey dekat internet tentang tempat tu..so takde maslah nanti..teringin nak naik gunung kinabalu

    ReplyDelete
  9. I rasa persiapan paling penting adalah mental dan fizikal kita sebelum semua ini bermula hehehe kalau rasa tak mampu susah juga wakakakak tapi nice and good tips kita tak pernah sampai lagi puncak ini...

    ReplyDelete
  10. Such a good sharing! I love to read it even i know i will never make it at lease i know what to do and got a lot of tips. Thanks a lot for sharing!

    ReplyDelete
  11. Sharing yang sangat baik. Nak naik tapi tak naik2 lagi. Semoga one day dapat pergi and boleh ikut panduan sis! 💪

    ReplyDelete
  12. Is a nice tips for those who wants to climb Kinabalu Moutain, some of my friends actually conquer this and it was a really nice experience. Hope that one day I can do it too!

    ReplyDelete
  13. baru dengar pasal panjat gunung kinabalu pagi tadi..tak pernah lagi panjat gunung tapi bila dengar perkongsian dari orang lain terus jadi minat dan excited nak join

    ReplyDelete
  14. Wow.. thanks for the tips. Saya tak pernah lagi sampai, tapi hopefully oneday nanti dapat jejakkan kaki di puncak KK ni

    ReplyDelete
  15. Good tips ni! Mouse mommy pun x pernah lagi mendaki gunung KK ni! Well done!

    ReplyDelete
  16. Bookmarked! I really need this guide as I really plan to climb mount kinabalu before I die. Hahahha It has been one my life goals since I was a teenager is secondary school.

    ReplyDelete

Thank you for visiting me here

-Miss PC-